Friday 12 March 2010

Pembangunan Lestari Perlu Direalisasikan

Sultan ahmad Shah Mahu Kemajuan Kebendaan Diseimbangkan Dengan Alam Sekitar, Psikologi Manusia
oleh Rosli abdul Jalil

Kuantan: Sultan Pahang, Sultan Ahmad shah mengingatkan agar usaha pembangunan hendaklah diseimbangkan dengan pemuliharaan alam sekitar dan keperluan psikologi manusia.
Titahnya, kemajuan kebendaan yang disandarkan semata-mata atas dasar keuntungan tanpa mengambil kira kesan kepada alam sekitar dan pembangunan jiwa akan merugikan dalam jangka masa panjang.
"Semua pihak, termasuk kerajaan yang membuat dasar dan memantau dasar, pelabur yang menanam modal serta pihak swasta menggerakkan projek pembangunan dan cendikiawan di universiti memainkan peranan secara komplimentari bagi memastikan pembangunan lestari benar-benar membawa makna.
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan pada 2002 mentakrifkan pembangunan lestari yang memuatkan tema sejagat yang meliputi aspek persekitaran, masa depan dan kesaksamaan," titahnya ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Majlis Konvokesyen Komemoratif Universiti Malaysia Pahang(UMP) di Kompleks Sukan UMP disini, semalam.

SUMBER: BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment