Friday 12 March 2010

KAMI TURUT BANTAH!!!!



Pada 14-21hb pihak Sahabat Alam Malaysia(SAM) bersama 12 sukarelawan dari USM telah menjalankan kajian sosioekonomi terhadap penduduk kampung yang akan menerima kesan langsung daripada aktiviti kuari ini. Sepertimana yang diketahui perubahan kuari dicadangkan dibina di kawasan batu kapur Gunung Jebak Puyuh dan Gunung Senyum. Pihak syarikat yang terlibat iaitu YTL cement corporation mencadangkan kawasan Jengka 21 sebagai kilang memproses simen.


Berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, seksyen 34A, sebarang aktiviti kuari yang berada dalam linkungan 3 kilometer dari kawasan penduduk, satu Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling atau Environmental Impact Assessment (EIA) mesti diluluskan sebelum sebarang aktiviti dijalankan. Bagi kuari Jebak Puyuh, terdapat lima kampung dan empat penempatan felda berada dalam lingkungan 3 kilometer kawasan projek, iaitu Kg. Batu Sawar, Kg. Pulau Pasir Mandi, Kg. Gunung Senyum, Kg. Pulau Raya, Kg. Rumpun Makmur, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Jumlah penduduk keseluruhan dianggarkan sebanyak 9500 orang, di kawasan kampung, aktiviti ekonomi penduduk banyak tertumpu kepada pertanian, perikanan dan penternakan.


Dapatan kajian menunjukkan hampir 80% tidak bersetuju dengan projek yang bakal dilaksanakan. Ini kerana, projek ini akan memberikan kesan buruk kepada penduduk kampung terutamanya. Antaranya, tahap kesihatan terjejas, kemusnahan khazanah alam, sekaligus menggugat sumber pendapatan penduduk.

No comments:

Post a Comment