Thursday 11 March 2010

KEROSAKAN ALAM SEKITAR






ika kilang simen dibina di kawasan gunung jebak puyuh dikhuatiri akan merosakkan alam sekitarnya. Dua jenis kerosakan yang dikhuatiri berlaku ialah atas bumi dan kerosakan dibawah muka bumi.


Kerosakan diatas muka bumi adalah merupakan debu-debu kilang dan kuari. Apabila ditiup angin, ia akan berterbangan ke merata arah menyalaputi pokok sawit, getah, kebun-kebun, kediaman dan manusia juga.


Kerosakan yang lebih ditakuti ialah kerosakan dibawah bumi yang dianggap kemusnahan secara senyap. Dua batang sungai yang hulunya dikawasan ini iaitu Senyum dan Sungai Pat. Paya pula ialah Paya Gunung Hulu, Paya Gunung Hilir, Paya Gemuruh, Paya Telok Sabak, Paya Badak, Paya Geduai dan Paya Panjang. Ini belum lagi diambilkira kawasan yang sedia bencah di kawasan pergunungan tersebut.


Resapan bahan simen daripada kuari dan kilang akan masuk ke dalam sistem saliran bawah tanah. Ia akan hanyut dibawa air ke merata tempat. Secara perlahan-lahan tanah-tanah lembah ini akan menjadi kering kontang, bermakna kebun sawit, getah dan tanaman lain akan kekurangan air.






No comments:

Post a Comment