Thursday 11 March 2010

HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM

HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM

Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri yang tersendiri. Menurut kajian arkeologi, hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman Mesolitik.Terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat dalam kawasan hutan lipur ini. Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah, merentas denai hutan, berjogging, meneroka gua dan berkelah. Selain itu terdapat dua asrama untuk pengunjung yang ingin bermalam disini.


Lokasi: Kuala Krau, Pahang

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,
28000 Temerloh, Pahang.
Tel. : 09-2962755

Terletak 20km dari Bandar Jengka, 40km dari Bandar Temerloh, juga boleh dilawati dengan menyeberangi Sungai Pahang dari Pekan Kuala Krau dan 14km melalui Kampong Tersusun Rumpun Makmur.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Temerloh atau Bandar Kuantan.


Aktiviti/Kemudahan:

* Berkhemah
* Padang permainan
* Trekking
* Berkelah/Berehat
* Mendaki Gunung

No comments:

Post a Comment